Berita

Project 2 Million is a campaign
conceptualised by DYMM Sultan Kedah
and will be under the mandate of Jemaah
Dato’-Dato’ Negeri Kedah (JDNK).

Pelancaran Program Penanaman 2 Juta Pokok di Seluruh Negeri Kedah Dari Tahun 2025 Hingga 2030

DYMM Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah berkenan berangkat melancarkan Projek Penanaman Dua Juta Pokok di Kedah yang diadakan di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu, Padang Terap dan menyempurnakan gimik pelancaran dengan menanam anak pokok Tampoi.

Projek ini diterajui oleh Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah melalui kerjasama strategik antara jabatan dan agensi persekutuan serta negeri.

Sebanyak 2.2 juta pokok disasarkan untuk ditanam menjelang tahun 2030 sebagai simbolik kepada jumlah 2.2 juta penduduk negeri tersebut.

Turut hadir, Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim dan Pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

SUMBER: NRESMALAYSIA