Berita

Project 2 Million is a campaign
conceptualised by DYMM Sultan Kedah
and will be under the mandate of Jemaah
Dato’-Dato’ Negeri Kedah (JDNK).

Pelancaran Projek 2 Juta

PELANCARAN PROJEK 2 JUTA
Program Penanaman 2.2 Juta Pokok anjuran Jemaah Dato Negeri Kedah [ JDNK]. Pelancaran telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah pada 21 Januari 2025 pada jam 11 pagi bertempat di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu Daerah Padang Terap, Kedah.
KDYMM Tuanku Sultan telah berkenan menanam Pokok Tampoi.KDYMM Tuanku Sultan adalah orang pertama yang menanam pokok dari sasaran 2.2 Juta pokok.
Turut berangkat ialah DYAM Tunku Mahkota Kedah yang juga Presiden Jemaah Dato Negeri Kedah.DYAM Tunku Mahkota Kedah telah berkenan menanam Pokok Sentul.
Turut menanam pokok di Majlis tersebut ialah YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mahazir bin Khalid, Dato Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato Paduka Mufti Negeri Kedah, Dato Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Dato Wira Pegawai Kewangan Negeri, Dato Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan, Tuan Pegawai Daerah Padang Terap, ketua jabatan negeri dan persekutuan serta kenamaan yang lain.
Turut menjayakan majlis pelancaran ini ialah Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Penghulu-Penghulu Negeri Kedah, Pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, IKBN Padang Terap, Kolej Komuniti Padang Terap,Majlis Belia Daerah Padang Terap, Pelajar SMK Naka.
Sebanyak 270 pokok telah berjaya ditanam dari sasaran 2.2 Juta pokok.
Mai Pakat Tanam Pokok na
SATU ORANG SATU POKOK.

SUMBER: Facebook Mohamad Che Nai