23 JUN 2025 – Alor Setar: Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah merangkap Presiden Jemaah Dato’ Negeri Kedah (JDNK) perkenan menerima mengadap daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr Ching Too a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Sumber Alam, di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, Timbalan Presiden JDNK serta YBhg. Dato’ Haji Mohamad bin Haji Che Nai, Naib Presiden 1 merangkap Setiausaha JDNK.