
Project 2 Million is a campaign
conceptualised by DYMM Sultan Kedah
and will be under the mandate of Jemaah
Dato’-Dato’ Negeri Kedah (JDNK).
09 JUN 2025 – ALOR SETAR: Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah perkenan berangkat ke sembah taklimat oleh World Wide Fund
for Nature, Malaysia (WWF) dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Jemaah Dato’ Negeri Kedah (JDNK) Bil. 2/2025 Penggal 2025/2026 di Wisma Darulaman, di sini, hari ini.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Elangkumaran Sagtia Siwan, Pengurus Projek Ulu Muda, dan turut dihadiri oleh Puan Sharon Lo, Pengurus Korporat Projek Ulu Muda.
DYAM Tunku Mahkota Kedah kemudiannya perkenan mempengerusikan Mesyuarat JDNK yang berlangsung selepas taklimat.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, Naib Presiden 1 JDNK; YBhg. Dato’ Haji Mohamad bin Haji Che Nai, Setiausaha JDNK; serta barisan Ahli Jawatankuasa JDNK.
SUMBER : Facebook Kedah Royal Family
+6 04 733 8927
jutaanpokok[at]kedah[dot]gov[dot]my
No 15,
Tingkat 1 Kompleks Perniagaan Utama
Lebuhraya Sultanah Bahiyah Sambungan
05150 Alor Setar
Copyright © Project 2 Million, 2025. All rights reserved.